Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

PEKELILING MMK 2 (2009/2012)

>> 17 November 2009

Diambil dari laman web rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia http://utama.silatcekakhanafi.org/


PEKELILING MMK 2 (2009/2012)















26 Oktober 2009

Semua Ahli,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia,

Semua Pihak Yang Berkaitan.
Tuan/Puan,

SAMAN PEMULA YANG MULIA TUAN GURU HAJI MD.RADZI HAJI HANAFI AL-QADHI

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20hb Oktober 2009 yang lalu telah membuat keputusan menolak permohonan Saman Pemula YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009 yang menjalankan proses Siasatan Dalaman terhadap beliau yang tidak mengikut Prinsip Keadilan Asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana penolakan ini, YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi telah dinasihatkan oleh peguam beliau untuk meneruskan saman ini diperingkat Mahkamah Rayuan kerana peguam berpendapat terdapat beberapa faktor telah gagal dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Sukacitanya turut dimaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini merupakan satu tindakan peribadi yang diambil oleh YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009 dan ianya tidak terkesan terhadap kedudukan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang ditadbir secara sah oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 28 Mac 2009 yang lalu melalui usul hilang kepercayaan dan menolak kepimpinan Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009.

Sehubungan itu dengan ini ditegaskan bahawa YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi merupakan Presiden Merangkap Guru Utama, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang sah dan diiktiraf oleh pihak persatuan sehingga ke hari ini tanpa sebarang halangan atau injuksi yang ditetapkan oleh mana-mana mahkamah di Malaysia.

Pihak persatuan memohon agar semua ahli bertenang dalam menghadapi provokasi dan kenyataan yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan suasana yang tidak selesa dikalangan ahli demi tanggungjawab ketenteraman dan keselamatan terhadap negara.

Sekian, wassalam.


MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN
Setiausaha Agung

0 ulasan:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP