Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

Fahaman Kebatinan Ustaz Hanafi

>> 06 Disember 2009

Melalui Haji Zain dan pada mulanya dari Pak Ngah Syarif, Hanafi dapat memutuskan fahaman kebatinannya (iktikad, pegangan hati). Yang dimaksudkan dengan fahaman kebatinan itu ialah membersihkan hati atau menghilangkan sakit jiwa, seperti tubuh boleh berpenyakit (risau, sombong, gila pangkat dan lain-lain lagi ).

Penyakit jiwa ini mesti dibuang supaya roh dapat berhubung dengan Allah Taala dengan tenang dan khusyuk. Dengan ini jiwa akan merasa tenteram dan aman dalam dunia ini. Setelah roh mendapat sejahtera tubuh juga akan beroleh kesejahteraan dan dapat mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Tujuan besar menghilangkan sakit jiwa supaya roh jangan ditakluki oleh hawa nafsu. Hidup di dunia ini adalah bertuhankan Allah sahaja. Tidak takut menghadapi kenyataan, susah senang dirasakan aman sahaja kerana hidup, mati, rezeki telah ditentukan oleh Allah. Manusia setakat berusaha saja, hasilnya adalah dari Allah.

Menurut pegangan Hanafi hanya pada tempat tuhan bergantung dan Nabi Muhammad sebagai ikutan dan pedoman. Lain dari yang dua ini. Hanafi tidak menghiraukannya, umpamanya kepada wali-wali Allah, kerani seseorang yang menjadi wali Allah itu dikurniakan oleh Allah, jadi sesiapa sahaja boleh menjadi wali Allah asalkan ia seorang yang kuat keyakinan dan teguh pendirian kepada Allah.

Dengan fahaman inilah dapat mententeramkan hatinya, fikiran dan memancar cahaya perjuangan didalam hidupnya. Fahaman iktikad yang diamalkan oleh Hanafi ialah Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu yang mengikut sunnah (perjalanan) Rasullulah dan sahabat-sahabat Rasullulah.

*Semoga kita semua sebagai Ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi dapat Memandang kedalam diri dan mencari pegangan serta tujuan hidup yang sebenarnya supaya kita menjadi seorang hamba yg sentiasa diberkati & diredhai Allah...Insyallah..

0 ulasan:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP