Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

Laporan Persembahan Demo Kelab Golf Monterez

>> 25 Januari 2010

Laporan Persembahan Demo


MAJLIS MAKAN MALAM PERHIMPUNAN RAKAN WAJADIRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009



Tarikh : 5 Disember 2009


Hari : Sabtu


Tempat : Kelab Golf Monterez, Shah Alam


Jumlah Peserta : 10 orang




Rumusan Majlis & Persembahan :


Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 05hb Disember 2009 bertempat di Kelab Golf Monterez, Shah Alam, Selangor Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Selangor telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam, Perhimpunan Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2009. Dalam majlis tersebut seramai 6 orang ahli Silat Cekak Hanafi Selangor telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga yang turut mendapat pujian penganjur dan ahli-ahli daripada persatuan lain.


Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Azman Bin Musa, Pengarah Cawangan Organisasi dan Komuniti Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah dihadiri seramai 110 orang ahli persatuan seni mempertahankan diri negeri Selangor yang merangkumi 7 persatuan termasuk Silat Cekak Hanafi.


Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam diadakan bagi sebagai tanda pengiktirafan kepada persatuan seni mempertahankan diri negeri Selangor bagi mengenang jasa dan semangat jati diri ahli seni mempertahankan diri dalam memperjuangkan ilmu seni mempertahankan diri kepada remaja khususnya di negeri Selangor. Ini membuktikan Silat Cekak Hanafi masih relevan sebagai platform mendidik remaja masa kini kearah gaya hidup yang lebih sihat dan berilmu.

0 ulasan:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP