Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

Laporan Persembahan Demo Majlis Kempen Jom Silat

>> 25 Januari 2010

Laporan Persembahan Demo


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN JOM SILAT CEKAK HANAFI PERINGKAT UiTM MALAYSIA (UiTM SHAH ALAM) JAN 2010




Tarikh : 14 Januari 2010


Hari : Khamis


Tempat : Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam


Jumlah Peserta : 23 orang





Rumusan Majlis & Persembahan :


Alhamdulillah, Majlis Pelancaran JOM SILAT CEKAK HANFI peringkat UiTM telah diadakan pada 14hb Jan 2010 bertempat di Dataran Cendekia UiTM Shah Alam. Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Prof.Dato' Dr.Hj. Nasuddin b. Othman (Timb.Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UiTM, majlis ini juga turut dihadiri oleh Tn.Hj Yusaini B. Sidek selaku Naib Presiden PSSCUHM ,Tn. Mohd Tarmizi B. Ab. Raman selaku Penasihat Persatuan, En.ShahrulNizam B Jantan selaku wakil dari MMK. Dalam majlis tersebut seramai 23 orang ahli Silat Cekak Hanafi UiTM Shah Alam dan seorang wakil dari PTPL yang dijemput khas telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga dihadapan para tetamu jemputan dan warga UiTM khususnya yang turut mendapat tepukkan gemuruh daripada semua hadirin yang hadir.



Majlis penerangan telah di sampaikan oleh saudara Mohamed Azwandy Bin Amirulddin wakil daripada persatuan. Dalam sesi penerangan tersebut, beliau banyak menceritakan tentang kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri, di samping menceritakan sejarah, asal usul dan system mata pelajaran yang terdapat dalam persatuan ini. Majlis ini telah dihadiri seramai hampir 250 orang pelajar.



Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam di mulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Shah Alam, seterusnya ucapan perasmian oleh YB Prof.Dato' Dr.Hj. Nasuddin b. Othman (Timb.Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UiTM dan menyempurnakan simbolik perasmian kempen jom silat peringkat UiTM. Majlis diakhiri dengan persembahan demonstrasi bermuzik oleh skuad demonstrasi UiTM Shah Alam. Ia dihangatkan lagi dengan persembahan senaman dan umum lading yang bertenaga dan mantap oleh skuad demonstrasi. Di harap, dengan persembahan yang bertenaga itu dapat membakar semangat pelajar-pelajar UiTM Shah Alam khususnya untuk menyertai persatuan ini.



Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



0 ulasan:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP