Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

Majlis Ijazah

>> 25 Disember 2009

Read more...

Tazkirah

>> 11 Disember 2009

1. Maksud firman Allah: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami kejalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat.
(Al Fatihah:1 - 9)

2. Maksud firman Allah: Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudara sebangsa) dan mengusir segolongan dari kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian AlKitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat.
(Al Baqarah:85)

3. Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tidak ada yang ingkar kepadanya melainkan orang-orang fasik.
(Al Baqarah:99)

4. Maksud firman Allah: Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah: "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al Baqarah:120)

5. Maksud firman Allah: Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang yang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfa'at sesuatu syafa'at kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong.
(Al Baqarah:123)

6. Maksud firman Allah: Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". (Apakah mereka akan mengikuti juga,) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk.
(Al Baqarah:170)

7. Maksud firman Allah: Hai, orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Al Baqarah:208)

8. Maksud firman Allah: Apakah kamu mengira bahwa kamu kan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Al Baqarah:214)

9. Maksud firman Allah: Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahi ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui.
(Al Baqarah:247)

10. Maksud firman Allah: Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa diantara kamu yang meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku."Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang diantara mereka. Maka Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
(Al Baqarah: 249)

Read more...

Fahaman Kebatinan Ustaz Hanafi

>> 06 Disember 2009

Melalui Haji Zain dan pada mulanya dari Pak Ngah Syarif, Hanafi dapat memutuskan fahaman kebatinannya (iktikad, pegangan hati). Yang dimaksudkan dengan fahaman kebatinan itu ialah membersihkan hati atau menghilangkan sakit jiwa, seperti tubuh boleh berpenyakit (risau, sombong, gila pangkat dan lain-lain lagi ).

Penyakit jiwa ini mesti dibuang supaya roh dapat berhubung dengan Allah Taala dengan tenang dan khusyuk. Dengan ini jiwa akan merasa tenteram dan aman dalam dunia ini. Setelah roh mendapat sejahtera tubuh juga akan beroleh kesejahteraan dan dapat mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Tujuan besar menghilangkan sakit jiwa supaya roh jangan ditakluki oleh hawa nafsu. Hidup di dunia ini adalah bertuhankan Allah sahaja. Tidak takut menghadapi kenyataan, susah senang dirasakan aman sahaja kerana hidup, mati, rezeki telah ditentukan oleh Allah. Manusia setakat berusaha saja, hasilnya adalah dari Allah.

Menurut pegangan Hanafi hanya pada tempat tuhan bergantung dan Nabi Muhammad sebagai ikutan dan pedoman. Lain dari yang dua ini. Hanafi tidak menghiraukannya, umpamanya kepada wali-wali Allah, kerani seseorang yang menjadi wali Allah itu dikurniakan oleh Allah, jadi sesiapa sahaja boleh menjadi wali Allah asalkan ia seorang yang kuat keyakinan dan teguh pendirian kepada Allah.

Dengan fahaman inilah dapat mententeramkan hatinya, fikiran dan memancar cahaya perjuangan didalam hidupnya. Fahaman iktikad yang diamalkan oleh Hanafi ialah Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu yang mengikut sunnah (perjalanan) Rasullulah dan sahabat-sahabat Rasullulah.

*Semoga kita semua sebagai Ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi dapat Memandang kedalam diri dan mencari pegangan serta tujuan hidup yang sebenarnya supaya kita menjadi seorang hamba yg sentiasa diberkati & diredhai Allah...Insyallah..

Read more...

Kelas Kemahiran

>> 03 Disember 2009

*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Pengumuman tentang kelas kemahiran yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Masjid Jamek Tun Uda Seksyen 16.

Read more...

Penyelarasan Buah

>> 30 November 2009



Alhamdulillah, Syukur pd Allah kerana dengan limpah rezeki serta izinnya aktiviti yang berlangsung pada hari selasa yang lalu berjalan dengan lancar dan jayanya yang berlangsung di Pusat latihan Masjid Jamek Tun Uda Seksyen 16 Shah Alam. Aktiviti ini bertujuan untuk membuat penyelarasan buah kepada ahli² Silat Cekak di Zon Shah Alam selaras dengan buah² yang telah ditetapkan oleh Guru Utama . Tenaga pengajar serta semua ahli² yang lama dan baru turut hadir bagi meramaikan dalam aktiviti tersebut.



Antara beberapa gambar pada hari tersebut

Sesi pendaftaran oleh semua ahli yang hadir


Penyelarasan Buah telah diketuai oleh saudara
En.Hardi Emrie selaku Ketua Jabatan Pelajaran
& Latihan dan Lembaga Pelajaran & Tatertib PSSCUHM.
(disebelah kiri) serta Saudara En Mazlan a.k.a 'Wak '
selaku Ahli Majlis LPT (disibelah kanan)


Sesi Penerangan Buah² Silat yang diketuai oleh En.Hardi Emrie


Antara Penyelia & jurulatih dari kelas lain yang datang
turut serta dalam aktiviti tersebut


Antara Ahli² lama dari bekas sekolah menengah seksyen 16 shah alam


Ahli² tenaga pengajar yang memberikan tumpuan 100%
*penumpuan yang sangat hebat..hehe


Penerangan Peringkat Buah Jatuh


Antara Bekas Ahli Silat di SMK Seksyen 16
*muka² yang selalu 'kaut' emas masa wajadiri..ksian kt org lain.. =P


Aksi Tendangan oleh Saudara Shahril a.k.a Stanley
*STAR! hehe


Berehat seketika sebelum sesi penerangan yang seterusnya


Rahman a.k.a Aman sedang berlatih membuat buah
*gaya macam aman belasah wan je? hehe


Penyelia USJ saudara Romano sedang khusyuk memerhatikan
penerangan yang diberi

Read more...

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

>> 27 November 2009


"Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Fahamilah maksud Pengorbanan sebab apabila ada pengorbanan sudah tentu ada kejayaan. Salam Aidiladha."
'Pesan Guru'


SEJARAH QURBAN, HUKUM DAN KELEBIHANNYA

1-Sejarah qurban bermula apabila Nabi Ibrahin –alihissalam- berhijrah dari syam (palestin) ke Makkah dengan tujuan untuk beribadah. Ibrahim –alihissalam- adalah orang yang pertama berhijrah iaitu setelah ia selamat dari di bakar dalam api.

2-Kemudian nabi Ibrahim berdoa: " Wahai Tuhanku, anugerahlah padaku anak yang soleh dari kalangan para solehin. قوله تعالى: " رب هب لى من الصالحين

3-Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya yang ketika itu berumur 13 tahun sampai ke Makkah, beliau bermimpi mendapat perintah dari Allah agar menyembelih anaknya Ismail
. قوله تعالى: {" قال يا بنى إنى أرى في المنام أنى أذبحك فانظر ماذا ترى " }

4-Kata Muhammad bin Ka'ab: Sesungguhnya Nabi Ibrahim –alihissalam- mendakwa beliau cintakan Allah, kemudian beliau melihat anaknya dengan perasaan sayang, maka Allah tidak reda sayang kepadaNya di kongsi dengan sayang kepada manusia. Lalu di kata kepada Ibrahim –alihissalam- : Wahai Ibrahim! Sembelihlah anak engkau demi kerana keredaanKu, lantas Ibrahim terus menyinsing lengan bajunya dan mengambil pisau, kemudian merebahkan anaknya Ismail seraya berkata: Ya Allah! Terimalah dari ku demi untuk keredaan Engkau".

5-Di katakan kepada Ibrahim –alihissalam-: :Bukanlah maksud sembelihan ini untuk menyembelih anak engkau, tetapi sebaliknya untuk mengembalikan hati engkau kepada Kami. Apabila engkau telah mengembalikan seluruh hati engkau kepada Kami, maka Kami kembalikan semula anak kepada engkau.

6-Syaitan sentiasa datang menganggu Ibrahim , isterinya dan anaknya supaya perintah Allah ini tidak dapat dilaksanakan.

7-Ulama berbeza pendapat tentang tempat sembelihan, ada mengatakan di Makkah dekat "Maqam Ibrahim", ada mengatakan di Mina dekat jamarat, tempat Ibrahim membaling syaitan apabila diganggu. Ini pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar dan Sa'id bin al-Musayyib.

bersambung....


Read more...

Program Penyelarasan Buah

>> 24 November 2009



*Segala pertanyaan boleh dibincangkan didalam ruangan "sembang"

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP