Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

Ukiran Senyuman GURU

>> 11 Disember 2010


Gambar ihsan dari Hammam Mustafar

Alhamdu lillah...Terukir senyuman yg paling dinanti-nantikan setiap anak murid yg dikasihi... KESABARAN hampir 4 tahun yg dilalui oleh YM Tuan Syeikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi berakhir dengan KEMENANGAN atas dasar KEBENARAN.. Rapatkanlah kembali saf-saf kita sebagai anak murid dan pengikut yg benar-benar setia dalam perjuangan ini..InsyaAllah.. Yang HAK pasti akan menenggelamkan yg BATIL!

Read more...

Sambutan Hari Guru & Hari Ibu

>> 11 Mei 2010

Sambutan Hari Guru 2010 & Majlis Meraikan Hari Ibu
Tarikh: 15 Mei 2010 bersamaan 1 Jamadilakhir 1431H
Masa: 8:00 malam
Tempat: Rumah Persatuan SCH
Yuran RM10
Pakaian: Lelaki: Baju Melayu, Wanita : Baju Kurung

Sila sahkan kehadiran selewat lewatnya 13 Mei 2010 pd

Zainora (Serdang) - 0172396757,
Amin(KL) 0129718153,
Nur Syahirah (s.alam) 0122635128.

Sesiapa yang mahu memberi hadiah sempena Hari Guru (YM )dan Hari Ibu (Bonda Maimunah), bolehlah berbuat demikian. Sila register hadiah pada hari pendaftaran. Sebar-Sebarkan (tag)

Read more...

Majlis Ijazah

>> 09 Mac 2010

Read more...

Laporan Persembahan Demo Puncak Perdana

>> 25 Januari 2010

Laporan Persembahan Demo


MAJLIS PENERANGAN DAN DEMONSTRASI SILAT SEMPENA PENGAMBILAN AHLI BARU PERINGKAT UiTM PUNCAK PERDANA JAN 2010




Tarikh : 12 Januari 2010


Hari : Khamis


Tempat : Dewan makan Koleh UiTM Puncak Perdana


Jumlah Peserta : 23 orang



Rumusan Majlis & Persembahan :



Alhamdulillah, pada hari Selasa, 12hb Januari 2010 bertempat di Dewan Makan Kolej UiTM Puncak Perdana, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Shah Alam telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penerangan & Demonstrasi Silat sempena Pengambilan ahli baru. Dalam majlis tersebut seramai 22 orang ahli Silat Cekak Hanafi UiTM Shah Alam dan seorang wakil dari PTPL yang dijemput khas telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga yang turut mendapat tepukkan gemuruh daripada semua hadirin yang hadir.



Majlis penerangan telah di sampaikan oleh saudara Mohamed Azwandy Bin Amirulddin wakil daripada persatuan. Dalam sesi penerangan tersebut, beliau banyak menceritakan tentang kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri, di samping menceritakan sejarah, asal usul dan system mata pelajaran yang terdapat dalam persatuan ini. Majlis ini telah dihadiri seramai hampir 120 orang pelajar yang menetap di kolej berkenaan.



Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam di mulakan dengan majllis penerangan dan diakhiri dengan persembahan demonstrasi bermuzik oleh skuad demonstrasi UiTM Shah Alam. Ia dihangatkan lagi dengan persembahan senaman dan umum lading yang bertenaga dan mantap oleh skuad demonstrasi. Di harap, dengan persembahan yang bertenaga itu dapat membakar semangat pelajar-pelajar UiTM Puncak Perdana untuk menyertai persatuan ini.



Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



Read more...

Laporan Persembahan Demo Majlis Kempen Jom Silat

Laporan Persembahan Demo


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN JOM SILAT CEKAK HANAFI PERINGKAT UiTM MALAYSIA (UiTM SHAH ALAM) JAN 2010




Tarikh : 14 Januari 2010


Hari : Khamis


Tempat : Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam


Jumlah Peserta : 23 orang





Rumusan Majlis & Persembahan :


Alhamdulillah, Majlis Pelancaran JOM SILAT CEKAK HANFI peringkat UiTM telah diadakan pada 14hb Jan 2010 bertempat di Dataran Cendekia UiTM Shah Alam. Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Prof.Dato' Dr.Hj. Nasuddin b. Othman (Timb.Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UiTM, majlis ini juga turut dihadiri oleh Tn.Hj Yusaini B. Sidek selaku Naib Presiden PSSCUHM ,Tn. Mohd Tarmizi B. Ab. Raman selaku Penasihat Persatuan, En.ShahrulNizam B Jantan selaku wakil dari MMK. Dalam majlis tersebut seramai 23 orang ahli Silat Cekak Hanafi UiTM Shah Alam dan seorang wakil dari PTPL yang dijemput khas telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga dihadapan para tetamu jemputan dan warga UiTM khususnya yang turut mendapat tepukkan gemuruh daripada semua hadirin yang hadir.



Majlis penerangan telah di sampaikan oleh saudara Mohamed Azwandy Bin Amirulddin wakil daripada persatuan. Dalam sesi penerangan tersebut, beliau banyak menceritakan tentang kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri, di samping menceritakan sejarah, asal usul dan system mata pelajaran yang terdapat dalam persatuan ini. Majlis ini telah dihadiri seramai hampir 250 orang pelajar.



Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam di mulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Shah Alam, seterusnya ucapan perasmian oleh YB Prof.Dato' Dr.Hj. Nasuddin b. Othman (Timb.Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UiTM dan menyempurnakan simbolik perasmian kempen jom silat peringkat UiTM. Majlis diakhiri dengan persembahan demonstrasi bermuzik oleh skuad demonstrasi UiTM Shah Alam. Ia dihangatkan lagi dengan persembahan senaman dan umum lading yang bertenaga dan mantap oleh skuad demonstrasi. Di harap, dengan persembahan yang bertenaga itu dapat membakar semangat pelajar-pelajar UiTM Shah Alam khususnya untuk menyertai persatuan ini.



Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



Read more...

Laporan Persembahan Demo Taman Mas Puchong

Laporan Persembahan Demo


MAJLIS PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MAS PUCHONG ,SELANGOR 2009.



Rumusan Majlis & Persembahan:


Alhamdulillah, pada hari Ahad, 27hb Disember 2009 bertempat di Taman Mas, Puchong, Selangor Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Selangor telah dijemput untuk menghadiri Program Bersama penduduk Taman Mas, Tahun 2009. Dalam majlis tersebut seramai 9 orang ahli Silat Cekak Hanafi Selangor telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga yang turut mendapat pujian penganjur dan para Penduduk.



Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato Raden bin Moktar, Ketua UMNO bahagian Puchong telah dihadiri seramai 550 orang ahli persatuan penduduk Taman Mas Puchong.



Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk.



Syabas & Tahniah diucapkan.


Read more...

Laporan Persembahan Demo Kelab Golf Monterez

Laporan Persembahan Demo


MAJLIS MAKAN MALAM PERHIMPUNAN RAKAN WAJADIRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009



Tarikh : 5 Disember 2009


Hari : Sabtu


Tempat : Kelab Golf Monterez, Shah Alam


Jumlah Peserta : 10 orang




Rumusan Majlis & Persembahan :


Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 05hb Disember 2009 bertempat di Kelab Golf Monterez, Shah Alam, Selangor Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Selangor telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam, Perhimpunan Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2009. Dalam majlis tersebut seramai 6 orang ahli Silat Cekak Hanafi Selangor telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga yang turut mendapat pujian penganjur dan ahli-ahli daripada persatuan lain.


Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Azman Bin Musa, Pengarah Cawangan Organisasi dan Komuniti Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah dihadiri seramai 110 orang ahli persatuan seni mempertahankan diri negeri Selangor yang merangkumi 7 persatuan termasuk Silat Cekak Hanafi.


Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam diadakan bagi sebagai tanda pengiktirafan kepada persatuan seni mempertahankan diri negeri Selangor bagi mengenang jasa dan semangat jati diri ahli seni mempertahankan diri dalam memperjuangkan ilmu seni mempertahankan diri kepada remaja khususnya di negeri Selangor. Ini membuktikan Silat Cekak Hanafi masih relevan sebagai platform mendidik remaja masa kini kearah gaya hidup yang lebih sihat dan berilmu.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP