Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

Laporan Persembahan Demo Puncak Perdana

>> 25 Januari 2010

Laporan Persembahan Demo


MAJLIS PENERANGAN DAN DEMONSTRASI SILAT SEMPENA PENGAMBILAN AHLI BARU PERINGKAT UiTM PUNCAK PERDANA JAN 2010




Tarikh : 12 Januari 2010


Hari : Khamis


Tempat : Dewan makan Koleh UiTM Puncak Perdana


Jumlah Peserta : 23 orang



Rumusan Majlis & Persembahan :



Alhamdulillah, pada hari Selasa, 12hb Januari 2010 bertempat di Dewan Makan Kolej UiTM Puncak Perdana, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Shah Alam telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penerangan & Demonstrasi Silat sempena Pengambilan ahli baru. Dalam majlis tersebut seramai 22 orang ahli Silat Cekak Hanafi UiTM Shah Alam dan seorang wakil dari PTPL yang dijemput khas telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga yang turut mendapat tepukkan gemuruh daripada semua hadirin yang hadir.



Majlis penerangan telah di sampaikan oleh saudara Mohamed Azwandy Bin Amirulddin wakil daripada persatuan. Dalam sesi penerangan tersebut, beliau banyak menceritakan tentang kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri, di samping menceritakan sejarah, asal usul dan system mata pelajaran yang terdapat dalam persatuan ini. Majlis ini telah dihadiri seramai hampir 120 orang pelajar yang menetap di kolej berkenaan.



Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam di mulakan dengan majllis penerangan dan diakhiri dengan persembahan demonstrasi bermuzik oleh skuad demonstrasi UiTM Shah Alam. Ia dihangatkan lagi dengan persembahan senaman dan umum lading yang bertenaga dan mantap oleh skuad demonstrasi. Di harap, dengan persembahan yang bertenaga itu dapat membakar semangat pelajar-pelajar UiTM Puncak Perdana untuk menyertai persatuan ini.



Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



0 ulasan:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP