Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

Penyelarasan Buah

>> 30 November 2009



Alhamdulillah, Syukur pd Allah kerana dengan limpah rezeki serta izinnya aktiviti yang berlangsung pada hari selasa yang lalu berjalan dengan lancar dan jayanya yang berlangsung di Pusat latihan Masjid Jamek Tun Uda Seksyen 16 Shah Alam. Aktiviti ini bertujuan untuk membuat penyelarasan buah kepada ahli² Silat Cekak di Zon Shah Alam selaras dengan buah² yang telah ditetapkan oleh Guru Utama . Tenaga pengajar serta semua ahli² yang lama dan baru turut hadir bagi meramaikan dalam aktiviti tersebut.



Antara beberapa gambar pada hari tersebut

Sesi pendaftaran oleh semua ahli yang hadir


Penyelarasan Buah telah diketuai oleh saudara
En.Hardi Emrie selaku Ketua Jabatan Pelajaran
& Latihan dan Lembaga Pelajaran & Tatertib PSSCUHM.
(disebelah kiri) serta Saudara En Mazlan a.k.a 'Wak '
selaku Ahli Majlis LPT (disibelah kanan)


Sesi Penerangan Buah² Silat yang diketuai oleh En.Hardi Emrie


Antara Penyelia & jurulatih dari kelas lain yang datang
turut serta dalam aktiviti tersebut


Antara Ahli² lama dari bekas sekolah menengah seksyen 16 shah alam


Ahli² tenaga pengajar yang memberikan tumpuan 100%
*penumpuan yang sangat hebat..hehe


Penerangan Peringkat Buah Jatuh


Antara Bekas Ahli Silat di SMK Seksyen 16
*muka² yang selalu 'kaut' emas masa wajadiri..ksian kt org lain.. =P


Aksi Tendangan oleh Saudara Shahril a.k.a Stanley
*STAR! hehe


Berehat seketika sebelum sesi penerangan yang seterusnya


Rahman a.k.a Aman sedang berlatih membuat buah
*gaya macam aman belasah wan je? hehe


Penyelia USJ saudara Romano sedang khusyuk memerhatikan
penerangan yang diberi

Read more...

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

>> 27 November 2009


"Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Fahamilah maksud Pengorbanan sebab apabila ada pengorbanan sudah tentu ada kejayaan. Salam Aidiladha."
'Pesan Guru'


SEJARAH QURBAN, HUKUM DAN KELEBIHANNYA

1-Sejarah qurban bermula apabila Nabi Ibrahin –alihissalam- berhijrah dari syam (palestin) ke Makkah dengan tujuan untuk beribadah. Ibrahim –alihissalam- adalah orang yang pertama berhijrah iaitu setelah ia selamat dari di bakar dalam api.

2-Kemudian nabi Ibrahim berdoa: " Wahai Tuhanku, anugerahlah padaku anak yang soleh dari kalangan para solehin. قوله تعالى: " رب هب لى من الصالحين

3-Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya yang ketika itu berumur 13 tahun sampai ke Makkah, beliau bermimpi mendapat perintah dari Allah agar menyembelih anaknya Ismail
. قوله تعالى: {" قال يا بنى إنى أرى في المنام أنى أذبحك فانظر ماذا ترى " }

4-Kata Muhammad bin Ka'ab: Sesungguhnya Nabi Ibrahim –alihissalam- mendakwa beliau cintakan Allah, kemudian beliau melihat anaknya dengan perasaan sayang, maka Allah tidak reda sayang kepadaNya di kongsi dengan sayang kepada manusia. Lalu di kata kepada Ibrahim –alihissalam- : Wahai Ibrahim! Sembelihlah anak engkau demi kerana keredaanKu, lantas Ibrahim terus menyinsing lengan bajunya dan mengambil pisau, kemudian merebahkan anaknya Ismail seraya berkata: Ya Allah! Terimalah dari ku demi untuk keredaan Engkau".

5-Di katakan kepada Ibrahim –alihissalam-: :Bukanlah maksud sembelihan ini untuk menyembelih anak engkau, tetapi sebaliknya untuk mengembalikan hati engkau kepada Kami. Apabila engkau telah mengembalikan seluruh hati engkau kepada Kami, maka Kami kembalikan semula anak kepada engkau.

6-Syaitan sentiasa datang menganggu Ibrahim , isterinya dan anaknya supaya perintah Allah ini tidak dapat dilaksanakan.

7-Ulama berbeza pendapat tentang tempat sembelihan, ada mengatakan di Makkah dekat "Maqam Ibrahim", ada mengatakan di Mina dekat jamarat, tempat Ibrahim membaling syaitan apabila diganggu. Ini pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar dan Sa'id bin al-Musayyib.

bersambung....


Read more...

Program Penyelarasan Buah

>> 24 November 2009



*Segala pertanyaan boleh dibincangkan didalam ruangan "sembang"

Read more...

Biodata Rasulullah S.A.W

>> 22 November 2009




cop mohor Rasulullah s.a.w


Salawat dan Salam Untuk Nabi Junjungan Muhammad SAW yang kita cintai dan rindui......


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.


dipetik dari http://alumnicekakcyber21.blogspot.com/
**Jikalau ada sebarang pendapat atau kurang tepat tentang maklumat diatas bolehlah diberitahu melalui ruangan 'sembang'.

Read more...

Al-Hadith

>> 19 November 2009

[SN] Al-Hadith : Sifat Wuduk Rasulullah


Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah
meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua
tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan
mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali
dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas
itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan
kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali
sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh
kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat
Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar
baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk
kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara
wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(Riwayat Muslim)


[SN] Al-Hadith : Tentang Menuntut Ilmu


Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ,
maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang
menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang
itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni
di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam
air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan
bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para
Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan
ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan
bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


[SN] Al-Hadith : Amalan-amalan Utama


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Amalan
manakah yang lebih utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Beriman kepada Allah dan
RasulNya." Ditanya lagi: "Kemudian apakah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Jihad
fi-sabilillah." Ditanya pula: "Kemudian apakah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Haji
yang mabrur."

(Muttafaq 'alaih)

Read more...

>> 18 November 2009



KHATAMUN NUBUWWAH

Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya: “Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;

1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’


Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah dengan dengan mencetak dan menampalnya ke dinding?

Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC?
Dari apa yang telah ditafsirkan ALLAHyarham guru saya sebelum mengijazahkannya kepada saya, yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya.

Bagaimana? InsyaALLAH akan dikongsikan. Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W. Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi."

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:


"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."
Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."
MasyaALLAH, TabarakALLAH.

Sumber : http://terapi-alfatah.blogspot.com/

Read more...

PEKELILING MMK 2 (2009/2012)

>> 17 November 2009

Diambil dari laman web rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia http://utama.silatcekakhanafi.org/


PEKELILING MMK 2 (2009/2012)















26 Oktober 2009

Semua Ahli,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia,

Semua Pihak Yang Berkaitan.
Tuan/Puan,

SAMAN PEMULA YANG MULIA TUAN GURU HAJI MD.RADZI HAJI HANAFI AL-QADHI

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20hb Oktober 2009 yang lalu telah membuat keputusan menolak permohonan Saman Pemula YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009 yang menjalankan proses Siasatan Dalaman terhadap beliau yang tidak mengikut Prinsip Keadilan Asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana penolakan ini, YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi telah dinasihatkan oleh peguam beliau untuk meneruskan saman ini diperingkat Mahkamah Rayuan kerana peguam berpendapat terdapat beberapa faktor telah gagal dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Sukacitanya turut dimaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini merupakan satu tindakan peribadi yang diambil oleh YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009 dan ianya tidak terkesan terhadap kedudukan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang ditadbir secara sah oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 28 Mac 2009 yang lalu melalui usul hilang kepercayaan dan menolak kepimpinan Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009.

Sehubungan itu dengan ini ditegaskan bahawa YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi merupakan Presiden Merangkap Guru Utama, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang sah dan diiktiraf oleh pihak persatuan sehingga ke hari ini tanpa sebarang halangan atau injuksi yang ditetapkan oleh mana-mana mahkamah di Malaysia.

Pihak persatuan memohon agar semua ahli bertenang dalam menghadapi provokasi dan kenyataan yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan suasana yang tidak selesa dikalangan ahli demi tanggungjawab ketenteraman dan keselamatan terhadap negara.

Sekian, wassalam.


MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN
Setiausaha Agung

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP