Selamat Datang Ke Blog Warisan Hanafi Shah Alam (zon shah alam).... Diharap segala pengumuman untuk sebarang aktiviti dapat dikongsi bersama... HIDUP CEKAK HANAFI!

Al-Hadith

>> 19 November 2009

[SN] Al-Hadith : Sifat Wuduk Rasulullah


Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah
meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua
tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan
mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali
dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas
itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan
kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali
sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh
kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat
Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar
baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk
kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara
wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(Riwayat Muslim)


[SN] Al-Hadith : Tentang Menuntut Ilmu


Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ,
maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang
menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang
itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni
di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam
air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan
bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para
Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan
ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan
bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


[SN] Al-Hadith : Amalan-amalan Utama


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Amalan
manakah yang lebih utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Beriman kepada Allah dan
RasulNya." Ditanya lagi: "Kemudian apakah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Jihad
fi-sabilillah." Ditanya pula: "Kemudian apakah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Haji
yang mabrur."

(Muttafaq 'alaih)

0 ulasan:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP